Resepi Kari Daging

Resepi Kari Daging

Bahan – bahannya :

  • 400gm daging – dihiris
  • 2 Biji kentang – dibelah 4 setiap sebiji
  • 1 Sudu besar gula perang
  • Garam secukuprasa
  • 1 Keping asam gelugur
  • 4 Sudu besar serbuk rempah kari daging
  • 2 Sudu besar kerisik
  • 1 Cawan santan pekat
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Bahan Tumis :

  • 2 Ulas bawang merah
  • 2 Ulas bawang putih
  • 1 Inci halia
  • 2 Tangkai daun kari
  • 1 Helai daun pandan
  • 1 Batang kulit kayu manis
  • 3 Biji buah pelaga
  • 1 Kuntum bunga lawang
  • 2 Biji bunga cengkih
Resepi Kari Daging

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak dalam periuk , masukkan bahan tumis ke dalamnya..tumis sehingga kekuningan..
  2. Kemudian , masukkan serbuk rempah kari daging bersama air..kacau dan biar masak hingga pecah minyak..
  3. Masukkan daging , kacau hingga daging bersalut dengan rempah..
  4. Kemudian masukkan kentang , kacau dan masak rempah sebentar..
  5. Masukkan santan dan air secukupnya..kacau hingga rata..
  6. Masukkan garam dan gula secukuprasa..kacau rata dan biar sebentar hingga kentang dan daging empuk..
  7. Rasa semuanya secukuprasa..matikan api..
  8. Siap resepi kari daging ..
  9. Sedia untuk dihidangkan..
  10. Selamat mencuba..