Resepi Kari Kambing Ala Mamak

Resepi Kari Kambing Ala Mamak

  • Untuk daging , masukkan daging kambing bersama kulit kayu manis , buah pelaga , bunga cengkih , bunga lawang dan 2 batang serai ke dalam periuk nasi..
  • Kemudian masukkan air anggaran separuh tenggelam daging. Rebus sehingga lembut dan empuk..
  • Jika gunakan kaedah rebus biasa masanya untuk daging lembut lebih kurang 2 hingga 3 jam.
  • Jika gunakan pressure cooker anggaran masanya lebih kurang 45 minit.

Bahan Kisar :

  • 2 Biji bawang besar
  • 2 Inci halia
  • 8 Ulas bawang putih
  • 1 Sudu.teh biji ketumbar

Bahan Tumis :

  • 5 Tangkai daun kari
  • 7 Biji cili padi – dihiris

Bahan Lain :

  • 1 kg daging kambing bersama tulang
  • 1 Sudu besar serbuk cili
  • 50gm serbuk kari daging
  • Garam secukuprasa
  • 1 Sudu teh serbuk maggi cukuprasa
  • 2 Sudu sudu besar serbuk kas – kas
  • 3 Biji ubi kentang – dipotong wedges
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
Resepi Kari Kambing Ala Mamak

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , masukkan bahan kisar bersama bahan tumis..tumis hingga naik bau..
  2. Masukkan serbuk rempah kari , serbuk cili , kas – kas dan sedikit air..tumis sehingga pecah minyak.
  3. Kacau selalu ok.. supaya bahagian bawah tidak hangus. Tambahkan sedikit air jika terlalu kering semasa menumis.
  4. Masukkan daging kambing yang telah direbus bersama bahan – bahan rebusan
  5. Masak seketika hingga rempah meresap ke dalam daging.
  6. Kemudian masukkan air rebusan daging dan hirisan kentang..kacau rata dan biar mendidih sebentar..
  7. Akhirnya tambahkan serbuk maggi cukuprasa dan garam secukuprasa..kacau2 rata dan masak sehingga kuah sedikit pekat dan kentang empuk..
  8. Rasa semuanya secukuprasa..matikan api..
  9. Sedia untuk dihidangkan…
  10. Siap resepi Kari Daging Ala Mamak