Resepi Karipap Rangup

Resepi Karipap Rangup

Bahan – bahannya :

  • 3 ½ Cawan tepung Gandum
  • ½ Cawan kecil minyak masak
  • ½ Cawan kecil minyak masak
  • 1 Sudu besar majerin
  • Air secukupnya
  • Garam secukuprasa
Resepi Karipap Rangup

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak masak bersama 1 sudu besar majerin… panaskan sehingga hilang bunyi berdesir.
  2. Tuangkan minyak masak bersama marjerin yang telah dipanaskan tadi ke dalam tepung.
  3. Masukkan juga garam secukuprasa..
  4. Gaul sebati sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  5. Tuangkan air sedikit demi sedikit.
  6. Ulikan sehingga menjadi tak melekat tapak tangan..
  7. Siap dan tutup dengan plastik supaya tidak kena angin..biarkan sebentar selama 30 minit..
  8. Doh yang telah direhatkan semakin lembut dan seakan berminyak..
  9. Kemudian ketulkan doh menjadi bulat2 kecil..
  10. Kemudian canaikan ia..jangan terlalu nipis ok..selepas canai letakkan inti dan kelimkannya..saya tidak menggunakan acuan karipap..ikut citarasa ya..nak guna acuan pun boleh..tapi canai adunan besar sedikit..ulang buat sampai habis adunan.
  11. Kemudian panaskan minyak , goreng hingga kekuningan..angkat dan toskan minyak..
  12. Siap.resepi karipap rangup saya..
  13. Jom kita tengok pulak resepi inti..

Resepi Inti Karipap

Bahan – bahannya :

  • 5 Biji kentang – dihiris dadu kecil
  • 200 Gm isi ayam – dihiris kecil
  • ½ Labu bawang besar – dihiris dadu
  • 2 Ulas bawang merah – dihiris
  • 2 Ulas bawang putih – dihiris
  • 3 Sudu besar serbuk kari daging
  • 2 Tangkai daun kari
  • 1 Ketui kuib ayam
  • Sedikit serbuk maggi cukuprasa
  • Gula secukuprasa
  • Sedikit daun sup – dihiris
  • 2 Biji cili padi – dihiris
  • Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , tumis bawang merah , bawang putih dan daun kari sehingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam , serbuk kari daging dan sedikit air. Kacau sehingga rata..
  3. Kemudian masukkan ubi kentang..kacau rata..tambah gula , serbuk maggi cukuprasa dan kiub ayam..kacau lagi ..dan biarkan kentang embuk..dengan menggunakan api yang sederhana kecil..
  4. Masukkan bawang ..kacau2 hingga rata dan masak sepenuhnya..
  5. Akhir sekali , taburkan daun sup dan cili padi..kacau rata hingga kering..dan matikan api..
  6. Tuangkan inti keatas pinggan dan ketepikan..
  7. Siap resepi inti karipap