Resepi Kepah Tumis Bercili

Resepi Kepah Tumis Bercili

Bahan – bahannya :

  • ½ Kepah – dibersih dan toskan
  • 4 Helai daun limau purut
  • 2 Sudu besar sos tiram
  • 1 Keping asam gelugur
  • 2 Biji telur
  • 1 Sudu besar sos ikan
  • 1 Kiub ikan bilis
  • Garam secukuprasa – jika perlu
  • Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Tumis :

  • 1 Batang serai – diketuk
  • 2 Ulas Bawang merah
  • 2 Ulas bawang putih
  • ½ Inci halia

Bahan Kisar :

  • 15 Tangkai cili kering – direbus dan kisar
  • 1 Labu bawang besar
  • 3 Ulas bawang putih
Resepi Kepah Tumis Bercili

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali , masukkan bahan tumis kedalamnya, tumis hingga kekuningan..
  2. Kemudian masukkan bahan kisar bersama asam keping..masak hingga pecah minyak..
  3. Masukkan kepah , sos tiram, daun limau purut, sos ikan , kiub pati ikan bilis , sedikit serbuk perasa ..gaul rata dan tuang sedikit air ..Kacau dan masak hingga kepah terbuka tutup permukaan kuali dengan penutup kuali supaya cepat mendidih..
  4. Buka tudung kuali , kacau2 sebentar dan pecahkan telur ditengah2 sambal..biar membeku sebentar..
  5. Kemudian kacau telur hingga hancur dan kacau keselurahan telur bersama kepah..
  6. Kacau hingga rata dan sebati..
  7. Matikan api dan tuang ke atas pinggan.
  8. Taburkan sedikit daun bawang diatasnya..
  9. Siap resepi Kepah tumis bercili..
  10. Selamat mencuba..