Resepi Kerabu Mangga Sotong

Resepi Kerabu Mangga Sotong

Bahan – bahannya :

  • 1 Biji buah mangga – diparut memanjang
  • 300 gm kepala sotong
  • ½ Labu bawang besar – dihiris
  • 3 Ulas bawang merah – dihiris
  • 6 Biji cili padi – dihiris
  • Sedikit daun ketumbar – dihiris
  • 6 Biji tomato ceri – dihiris dadu kasar
  • 3 Batang serai – dihiris nipis
  • Sedikit serbuk maggi cukuprasa
  • Garam cukuprasa
  • Gula perang secukuprasa
  • Garam secukuprasa
  • 2 Sudu besar sos ikan
  • 3 Biji limau kasturi – ambil jusnya sahaja
  • 1 Biji buah oren – dibuang kulit dan dibelah dadu kasar
Resepi Kerabu Mangga Sotong

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan air hingga mendidih..kemudian masukkan kepala sotong bersama akar daun ketumbar..rebus selama 5 minit..kacau2 angkat dan toskan..ketepi sebentar..
  2. Masukkan mangga yang telah diparut kedalam mangkuk..
  3. Kemudian masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk yang berisi parutan mangga .
  4. Gaul semua bahan sehingga rata dan sebati..
  5. Siap resepi kerabu mangga sotong..
  6. Sedia untuk dihidangkan..