Resepi Kerutuk Daging

Resepi Kerutuk Daging

Bahan – bahannya :

  • 350gm daging
  • 2 Biji kentang – dibelah 4 setiap sebiji
  • 3 Biji cili padi merah
  • 1 paket serbuk rempah kerutuk
  • 4 Sudu besar cili kisar
  • 1 Keping Asam gelugur
  • 2 Sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa
  • Gula perang secukup rasa
  • 150ml santan pekat
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Tumis :

  • 2 Biji bawang merah – dihiris
  • 4 Ulas bawang putih – dihiris
  • 1 Inci halia – dihiris
  • 3 Biji cili padi merah
  • 1 Batang Kulit kayu manis
  • 2 Biji bunga lawang
  • 3 Biji buah pelaga
  • 3 Biji bunga cengkih
  • 2 Batang serai – diketuk
Resepi Kerutuk Daging

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , masukkan bahan penumis.Tumis hingga wangi dan naik bau …
  2. Masukkan rempah kerutuk dan cili kisar..masak hingga pecah minyak..
  3. Kemudian masukkan daging , kentang , kerisik , asam keping dan sedikit air..Masak dengan api perlahan hingga daging masak..
  4. Masukkan santan , garam dan gula secukup rasa.. Gula mesti lebih kerana kerutuk mesti ada rasa manis sedikit. 
  5. Taburkan cili padi ..kacau2 rata..
  6. Sesuaikan kepekatan dan rasanya..daging dan kentang pun dah empuk matikan api …
  7. Siap resepi kerutuk daging ..
  8. Sedia untuk dihidang dan dinikmati bersama nasi minyak , nasi tomato, roti pun boleh..
  9. Masakan kerutuk berwarna gelap dan berkuah agak pekat.
  10. Selamat mencuba