Resepi kuey Teow Goreng Ketam

Resepi kuey Teow Goreng Ketam

Bahan – bahannya :

  • 1 Bungkus kuey teow
  • 10 Janggut sotong
  • 3 Ekor ketam – dipotong 2 cuci dan toskan
  • 20 Ekor udang saiz kecil – cuci dan toskan
  • Garam dan gula secukuprasa
  • 4 Ulas bawang putih – dihiris
  • 4 Sudu besar serbuk cili
  • Sedikit kicap manis
  • Sedikit sos ikan
  • 3 Sudu besar sos cili
  • 3 Sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis

Caranya Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , tumis bawang putih hingga keperangan…
  2. Kemudian masukkan serbuk cili dan sedikit air..masak hingga pecah minyak… Kemudian masukkan sos cili , sos tomato , sos ikan dan sos tiram..kacau .
  3. Masukkan sotong , udang dan ketam bersama air secukupnya..gaul hingga rata dan masak hingga mendidih.
  4. Akhir sekali masukkan kuey teow dan garam secukuprasa…gaul hingga rata dan sebati..
  5. Apabila dah rata..ketam pun dah masak..rasa pun dah secukuprasa..matikan api…
  6. Siap resepi kuey teow goreng ketam saya.
  7. Sedia untuk hidangkan..