Resepi Kuey Teow Goreng Seafood

Resepi Kuey Teow Goreng Seafood

Bahan – bahannya :

  • 1 Paket kuey teow – dibersih dan toskan
  • 100gm Udang – dibuang kulit dan dibersih
  • 1 Ekor sotong saiz sederhana besar – di bersihkan dan potong bulat
  • 100gm kepah – dibersih ,direbus,kemudian diambil belah ada isinya..sebelah tidak ada isi buang saja..
  • 100gm isi ayam – dihiris
  • 1 Mangkuk kecil cili kisar
  • 1 Sudu teh serbuk maggi cukuprasa
  • 4 Ulas bawang putih – dicincang halus
  • 2 Biji telur – digoreng scrambled
  • Sedikit taugeh
  • Sedikit daun kucai
  • Minyak untuk menumis

Bahan Tabur :

  • Daun bawang
  • Cili kasar / chili flakes
  • Limau kasturi
  • Cili kicap

Bahan Sos :

  • 2 Sudu besar sos tiram
  • 2 Sudu besar sos cili
  • 2 Sudu besar sos tomato
  • 2 Sudu besar kicap pekat
  • 2 Sudu besar kicap cair
Resepi Kuey Teow Goreng Seafood

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , pecahkan telur kedalamnya..goreng telur hingga menjadi scrambled..angkat dan ketepikan..
  2. Minyak yang sama tumiskan bawang putih hingga kekuningan..
  3. Kemudian masukkan cili kisar bersama sotong , udang dan isi ayam..masak hingga pecah minyak..
  4. Masukkan pula kesemua bahan sos..kacau2 rata..
  5. Masukkan pula kuey teow ..kacau rata..
  6. Tambah pula dengan kepah..kacau lagi..
  7. Akhir sekali , masukkan sayur taugeh , kucai dan telur scrambled..kacau sehingga semuanya rata dan sebati..
  8. Rasa semuanya secukuprasa..matikan api..
  9. Tuang keatas pinggan dan taburkan daun bawang keatasnya..
  10. Makan pula dengan cili kicap dan perahan limau kasturi..
  11. Siap resepi kuey teow goreng seafood..
  12. Selamat mencuba..