Resepi Kuih Kaswi Jagung

Resepi Kuih Kaswi Jagung

Bahan A :

  • 1½ Cawan gula merah
  • ½ Cawan gula pasir
  • 3 Cawan air
  • 2 Helai daun pandan – disimpul

Bahan B :

  • 2 Cawan tepung gandum
  • 1 Cawan tepung ubi
  • 1 Tin jagung cream adabi
  • 3 Cawan air
  • ½ Sudu teh air kapur – dibancuh dengan sedikit air menjadi ½ Cawan
Resepi Kuih Kaswi Jagung

Cara Penyediaan :

  1. Masak bahan A hingga mendidih dan gula larut. Tapis dan ketepikan.
  2. Satukan bahan B ke dalam mangkuk dan campurkan bahan A dan kacau2 rata lalu dituang ke dalam loyang ..
  3. Kukus selama 45minit atau hingga masak.
  4. Sejukkan kuih dan sajikan dengan kelapa parut ..
  5. Sedia untuk dihidangkan..
  6. Siap Resepi Kuih Kaswi Jagung