Resepi Kuih Ketayap

Resepi Kuih Ketayap

Bahan – bahannya :

Bahan Untuk Inti :

  • 1 Cawan kelapa parut
  • ½ Cawan gula merah
  • ½ Cawan gula pasir
  • ½ Cawan air
  • 1 Helai daun pandan
  • 1 Sudu besar tepung gandum

Cara Penyediaan Inti :

  • Masukkan kelapa parut , gula pasir , air dan gula merah ditambah dengan sehelai daun pandan.
  • Kacau sehingga rata ..tambah pula dengan sedikit tepung gandum..kacau lagi sehingga inti kelapa sebati keseluruhan dan sedikit kering..
  • Matikan api dan siap inti kelapa..

Bahan Untuk Kulit :

  • 1 Cawan tepung gandum
  • ½ Cawan santan
  • 1 Cawan air air pandan – 2 Helai daun pandan dikisar dengan sedikit air..tapis dan diambil airnya
  • 2 Titik pewarna hijau
  • 1 Biji telur
  • Garam secukuprasa
  • Sedikit minyak untuk disapu dalam kuali..sis gunakan minyak sekali sahaja waktu permulaan..sebab menggunakan kuali non stick..
Resepi Kuih Ketayap

Cara Penyediaan Kulit Ketayap :

  1. Masukkan kesemua bahan kedalam balang pengisar..kisar hingga halus .
  2. Kemudian tapiskan semua bahan kisar..
  3. Panaskan kuali , sapukan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan dan lenggang kuali agar adunan menjadi bulat.
  4. Masak selama 2-3 minit, angkat dan letak diatas pinggan..ulang membuatnya hingga habis adunan .
  5. Setelah habis adunan.. ambil sekeping kulit ketayap , masukkan inti dan gulung.
  6. Cara gulung, lipat kedua dua tepi kiri kanan dan gulung…
  7. Ulangi sehingga kulit ketayap habis.
  8. Sedia untuk dihidangkan…
  9. Siap resepi kuih ketayap secukuprasa….