Resepi Kuih Lompang Gula Merah

Resepi Kuih Lompang Gula Merah

Bahan – bahannya :

  • 1½ Cawan tepung beras
  • 1 Sudu teh air kapur
  • ½ Cawan gula merah
  • ½ Cawan gula pasir
  • 2 Helai daun pandan
  • 2½ Cawan air

Bahan Hiasan :

  • Kelapa parut di gaul dengan sedikit garam .

Cara Penyediaan :

  1. Campurkan gula merah , gula putih , 1½ Cawan air bersama daun pandan dan masukkan kedalam kuali..masak hingga gula larut..tapis biarkan sebentar dan air menjadi suam2 gitu…Jangan sejuk terus ok..
  2. Satukan tepung beras , air kapur dan 1 cawan air..kacau2 rata..
  3. Masukkan air gula merah yang di masak tadi..air gula mestilah suam ok..jika air gula terlalu sejuk .adunannya bila dikukus nanti jadi keras dibawah .
  4. Campur semuanya kacau2 sehingga sebati..
  5. Panaskan kukusan dan acuannya terlebih dahulu..
  6. Tuangkan adunan kedalam acuan lompang..dan kukus selama 25 minit..
  7. Matikan api dan angkat lompang yang telah dikukus dan direndam separuh tenggelam dalam air biasa..supaya ianya cepat sejuk dan mudah mengeluarkan kuih lompang dari acuan..
  8. Keluarkan lompang dengan menggunakkan hujung sudu..
  9. Letakkan kelapa parut keatasnya..
  10. Siap resepi kuih lompang gula merah..