Resepi Kurma Ayam Simple

Resepi Kurma Ayam Simple

Bahan – bahannya :

  • 2 Ketui dada ayam – dicuci dan toskan
  • 3 Ulas bawang merah – dihiris
  • 3 Ulas bawang putih – dihiris
  • 1 Inci halia – dihiris halus
  • 1 Batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 Kuntum bunga cengkih
  • 2 Biji buah pelaga
  • 2 Biji kentang – dikupas kulit dan belah 6
  • 3 Sudu besar serbuk rempah kurma
  • 2 Tangkai daun kari
  • 3 Biji cili padi merah
  • Sedikit lada putih
  • 1 labu bawang besar dibelah 4
  • 3 Sudu besar santan pekat
  • Air secukupnya
  • Garam secukuprasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Kisar :

  • 1 Labu bawang besar
  • 2 Ulas bawang putih
  • 1 Inci halia

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama daun kari serta bawang merah , bawang putih dan halia yang dihiris , tumis sehingga kekuningan. 
  2. Masukkan serbuk rempah kurma dan sedikit air.. tumis hingga pecah minyak. Kacau sentiasa agar rempah tidak hangus.
  3. Masukkan kentang , ayam dan bahan kisar..kacau rata..dan biar mendidih seketika.
  4. Masukkan garam secukuprasa , lada putih , bawang besar , pati santan dan sedikit air.. kacau rata dan biar mendidih sebentar , hingga kentang empuk ..
  5. Akhir sekali masukkan cili padi merah ..kacau lagi ..masak hingga kuah sedikit pekat…
  6. Matikan api dan sedia dihidang.
  7. Siap resepi kurma ayam simple..
  8. Selamat mencuba…