Resepi Masak Cuka Ikan Tongkol

Resepi Masak Cuka Ikan Tongkol

Bahan – bahannya :

  • 2 Keping isi ikan tongkol dan 1 biji kepala ikan dibelah 2 – cuci dan digaul garam kunyit..
  • Garam secukuprasa
  • 1 Sudu besar maggi cukuprasa
  • 1 Labu bawang besar – dibelah 6
  • 6 Ulas bawang putih – dihiris kasar
  • 1 Inci halia – dihiris kasar
  • 6 Biji cili padi
  • Air secukupnya
  • 3 Sudu besar cuka
  • Minyak untuk menumis

Bahan Tumis :

  • 2 Ulas bawang putih – dihiris
  • 1 Inci halia – dihiris
  • 3 Ulas bawang merah – dihiris
  • 1 Sudu teh biji sawi
Resepi Masak Cuka Ikan Tongkol

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , goreng ikan yg telah dilumurkan garam dan serbuk kunyit hingga masak dan sedikit garing. Ketepikan.
  2. Buangkan minyak goreng ikan tadi , dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar sahaja dalam kuali..
  3. Panaskan minyak , masukkan bahan tumis dan tumis hingga naik bau dan kekuningan.
  4. Masukkan air secukupnya dan cuka , kacau sedikit dan biarkan hingga mendidih.
  5. Kemudian masukkan garam secukuprasa , serbuk maggi cukuprasa , bawang besar , bawang putih dihiris kasar , halia , cili padi dan ikan tongkol yg telah digoreng tadi. kacau sebentar..
  6. Biarkan mendidih sekejap , supaya rasa masam – masam kuah meresap pada isi ikan.
  7. Sebelum matikan api..kacau2 sebentar , rasa dah ok semuanya secukuprasa ..matikan api..
  8. Siap resepi masak cuka ikan tongkol ..
  9. sedia untuk dihidangkan..
  10. Selamat mencuba…