Resepi Masak Lemak Cili Api Rebung Campur Paru

Resepi Masak Lemak Cili Api Rebung Campur Paru

Bahan – bahannya :

  • 200 Gm rebung buluh – dihiris nipis – direbus dengan sedikit garam dan gula
  • Paru – direbus dan dihiris
  • 1 Batang serai – diketuk
  • Sehelai daun kunyit
  • 2 Keping asam gelugur
  • Garam gula secukuprasa
  • 1 Cawan santan
  • Air secukupnya
Resepi Masak Lemak Cili Api Rebung Campur Paru

Bahan Ditumbuk:

  • 7 Biji cili padi merah –
  • 1 Inci kunyit hidup
Resepi Masak Lemak Cili Api Rebung Campur Paru

Cara Penyediaan :

  1. Paru direbus sehingga empuk. Angkat toskan. sejukkan sebentar sebelum dihiris.
  2. Tumbuk cili padi dan kunyit sehingga lumat. Masukkan bahan tumbuk dan sedikit air..kacau rata..
  3. Kemudian masukkan serai dan asam keping dan paru  ke dalam periuk..kacau rata atas dapur.
  4. Bila air mendidih, masukkan rebung yang direbus terlebih dahulu.. Kacau rata. Masukkan sedikit air lagi..kacau sebentar hingga rata dan biarkan mendidih sebentar.
  5. Masukkan garam dan gula secukuprasa.. Akhirnya masukkan santan pekat dan daun kunyit..Kacau sehingga masak dan rata.
  6. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan.
  7. Siap resepi masak lemak cili api rebung campur paru..
  8. Selamat mencuba..