Resepi Masak Lemak Cili Padi Ayam

Resepi Masak Lemak Cili Padi Ayam

Bahan – bahannya :

  • 5 Ketui ayam
  • 1 Batang serai – diketuk
  • 1 Cawan santan pekat
  • 1 Cawan santan cair
  • 1 Keping asam gelugur
  • 1 Helai daun kunyit
  • 2 Helai daun limau purut
  • Garam gula secukuprasa

Bahan Kisar :

  • 1 Labu bawang besar
  • 2 Ulas bawang putih
  • 1 Inci kunyit hidup
  • 20 Biji cili padi hijau
Resepi Masak Lemak Cili Padi Ayam

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan ayam dalam kuali bersama bahan kisar dan serai..kacau rata dan biarkan sebentar hingga ayam separuh masak..
  2. Kemudian masukkan santan pekat dan santan cair..masukkan juga asam keping..kacau lagi..sehingga ayam masak sepenuhnya. Kacau sentiasa ok..
  3. Kemudian masukkan daun kunyit dan daun limau purut..kacau2 lagi ..
  4. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukuprasa..kacau sehingga rata..
  5. Sebelum matikan api..rasa dulu..jika semuanya secukuprasa..ayam pun dah empuk dan kuah sedikit pekat..baru matikan api..
  6. Dah siap resepi masak lemak cili padi ayam..
  7. Selamat menjamu selera..