Resepi Nasi Arab

Resepi Nasi Arab

Bahan – bahannya :

  • 2 Cawan beras basmathi
  • 2 Sudu besar mentega
  • 3 Sudu besar minyak masak
  • 1 Batang celery – dihiris
  • Sedikit daun ketumbar – dihiris halus
  • ½ Batang lobak merah – dihiris dadu
  • 3 Biji tomato ceri – dihiris dadu
  • 2 Helai daun salam – tak letak tiada stok.
  • 1 Kiub ayam

Bahan Tumis :

  • 3 Biji cili padi
  • 2 Tangkai cili kering
  • 1 Biji cili besar
  • 1 Sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 Sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 Sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 Sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 Biji bawang besar – dihiris dadu
  • 3 Ulas bawang putih – dihiris halus
Resepi Nasi Arab

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan beras kedalam periuk..
  2. Panaskan mentega dan sedikit minyak ke dalam kuali..Masukkan semua bahan tumis kedalamnya..tumisan hingga wangi..
  3. kemudian masukkan lobak merah kacau lagi hingga mendidih dan matikan api..
  4. Kemudian tuangkan bahan tumisan kedalam periuk nasi bersama kesemua bahan lain..iaitu batang celery , daun ketumbar , tomato ceri , kiub ayam dan air secukupnya…
  5. Kacau2 sehingga rata..tutup tudung periuk ..masak nasi seperti biasa…
  6. Apabila kering ..buka tudung gembur2 nasi dan tutup semula..
  7. Sedia dihidangkan ..
  8. Siap resepi nasi arab style secukuprasa
  9. Selamat mencuba