Resepi Nasi Briyani Telur

Resepi Nasi Briyani Telur

Bahan – bahannya :

  • 2 Cawan beras basmathi – cuci dan rendam selama 30 minit
  • 2 Biji telur – direbus
  • Air secukupnya
  • 1 Cawan susu cair
  • Sedikit daun ketumbar
  • 1 Sudu besar marjerin
  • 2 Sudu besar minyak jagung
  • 3 Sudu besar serbuk rempah briyani
  • Sedikit buah kismis hitam
  • Garam secukuprasa
  • 1 Kiub pati ayam

Bahan Kisar

  • 1 Labu bawang besar
  • 3 Ulas bawang putih
  • 1 Inci halia

Bahan Tumis :

  • 5 Ulas bawang merah – dihiris
  • 3 Ulas bawang putih – dihiris
  • 1 Inci halia – dihiris
  • 3 Biji buah pelaga
  • 1 Batang kulit kayu manis
  • 1 Kuntum bunga lawang
  • 3 Biji bunga cengkih
  • 2 Helai daun pandan
  • 4 Biji cili padi
Resepi Nasi Briyani Telur

Cara Penyediaan :

  1. Beras yang telah direndam dan dibersihkan , masukkan kedalam periuk nasi..ketepikan..
  2. Panaskan minyak jagung dan marjerin didalam kuali , kemudian tumis bahan tumisan hingga kekuningan..
  3. Kemudian masukkan serbuk briyani , bahan kisar dan sedikit air.. kacau rata biar hingga pecah minyak..
  4. Kemudian masukkan susu cair dan telur rebus..kacau rata dan matikan api..
  5. Tuangkan bahan tumis kedalam periuk yang berisi beras tadi…
  6. Kemudian masukkan air , garam secukuprasa dan kiub pati ayam..kacau hingga rata..tutup tudung periuk , Kemudian masak  didalam rice cooker.masak nasi seperti biasa…
  7. Apabila kering , buka tudung periuk ,
  8. Gembur2kan nasi menggunakan garfu supaya nasi tidak patah dan taburkan daun ketumbar dan kismis diatas nasi..tutup tudung kembali..😁😁
  9. Siap resepi nasi briyani telur ..
  10. Selamat mencuba..