Resepi Nasi Daging Air Asam Kerisik

Resepi Nasi Daging Air Asam Kerisik

Bahan – Bahan Nasi :

  • 2 ½ Cawan beras basmathi – direndam selama 30 minit dan toskan
  • 300 gm daging – direbus dan dihiris nipis
  • 3 ½ Cawan air rebusan daging
  • ½ Cawan susu cair
  • 1 Sudu besar serbuk rempah kurma
  • 1 Sudu besar serbuk rempah sup
  • 1 Sudu besar tomato puree
  • Sedikit kismis hitam
  • Kiub pati lembu
  • Sedikit daun pudina – untuk tabur atas nasi

Bahan – Bahan Tumis:

  • ½ Labu bawang besar – dihiris
  • 3 Ulas bawang putih.- dihiris
  • 1 Inci halia – dihiris
  • 1 Batang serai – diketuk
  • 2 Helai daun pandan – dicarik dan simpul
  • 1 Kuntum bunga lawang
  • 1 Batang kulit kayu manis
  • 2 Kuntum bunga cengkih
  • 2 Biji buah pelaga
  • 2 Sudu besar minyak sapi – tak letak .tiada stok
  • 1 Sudu besar marjerin
  • 2 Sudu besar minyak masak

Bahan Rebusan Daging:

  • 1 Sudu besar serbuk rempah kurma
  • 1 Inci halia – dihiris nipis
  • Air secukupnya
Resepi Nasi Daging Air Asam Kerisik

Cara Penyediaan Rebusan Daging Dan Nasi :

  1. Rebus daging bersama air, halia dan serbuk rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan beras kedalam periuk nasi..ketepi sebentar..
  3. Panaskan marjerin dan minyak masak di dalam kuali , masukkan bahan tumis kedalamnya..tumis hingga kekuningan dan naik bau..matikan api..
  4. Kemudian tuangkan bahan tumis kedalam periuk nasi yang berisi beras..
  5. Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato puree , kismis , kiub pati lembu , rempah kurma dan rempah sup Kacau sedikit supaya sebati dan tutup tudung periuk..Masak nasi seperti biasa.
  6. Setelah masak , buka tudung periuk gemburkan nasi dan taburkan sedikit daun pudina diatasnya..
  7. Siap resepi nasi daging.

Bahan Air Asam Kerisik:

  • Sedikit hirisan daging
  • 1 Labu bawang besar -dihiris dadu
  • 3 Biji tomato – dihiris dadu
  • 2 Biji cili merah – dipotong
  • 2 Biji cili padi merah – dihiris
  • 1 Inci belacan – dipicit hingga hancur
  • 1 Sudu teh pati asam jawa – dibancuh dengan sedikit air..
  • 1 Sudu besar sos ikan
  • 1 Sudu teh gula perang
  • Garam secukuprasa
  • 1 Sudu besar kerisik
  • Sedikit perahan jus limau nipis
  • Sedikit hirisan daun pudina

Cara Penyediaan Air Asam Daging :

  1. Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk..
  2. Gaulkan kesemua bahan air asam sehingga rata dan sebati..
  3. Sedia untuk dihidangkan..
  4. Siap resepi air asam kerisik