Resepi Nasi Goreng Pattaya

Resepi Nasi Goreng Pattaya

Bahan Untuk Nasi Goreng :

  • 3 Cawan nasi putih
  • 10 Ekor udang – dibuang kulit
  • Sedikit isi ayam – dihiris nipis
  • 2 Biji bawang merah – dihiris nipis
  • 3 Ulas bawang putih – dihiris nipis
  • Sedikit daun bawang – dihiris
  • Sedikit daun salad – dihiris
  • Sedikit serbuk maggi cukuprasa
  • Garam secukuprasa
  • 3 Sudu cili kisar
  • 1 Sudu besar kicap cair
  • 2  Sudu besar kicap pekat
  • 1 Biji telur
  • Minyak untuk menumis

Bahan Untuk Telur Dadar :

  • 3 Biji telur ayam
  • Garam secukuprasa
  • Sedikit cili kasar
Resepi Nasi Goreng Pattaya

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali ,  Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan cili kisar , isi ayam dan udang..goreng sehingga separuh masak.
  3. Kemudian masukkan garam secukuprasa , serbuk maggi cukuprasa , kicap pekat dan kicap cair ..kacau rata..
  4. Pecahkan telur ditengah kuali..biar membeku sebentar ..Kacau2 telur bersama rencah lain..
  5. Akhirnya masukkan nasi putih bersama salad dan sedikit daun bawang ..kacau2 lagi..jika kurangkan garam tambahkan sedikit kicap lagi..kacau2 sehingga sebati dan matikan api..ketepi sebentar..
  6. Panaskan sedikit sahaja minyak dalam kuali berasingan , sapu2 dengan brush sekeliling kuali , tuangkan telur dan golekkan kuali supaya telur menjadi nipis dan bulat sekata.
  7. Pastikan api perlahan supaya telur tidak mudah hangus.
  8. Angkat telur letak kedalam mangkuk..
  9. Kemudian sendukkan nasi goreng kedalam mangkuk yang berisi telur goreng..
  10. Tekan2 hingga padat..
  11. Selepas itu tutup nasi sepenuh dengan telur..
  12. Terbalikkan kembali bungkusan nasi goreng ke atas pinggan.
  13. Belahkan segiempat..dan sedia untuk dimakan
  14. Siap resepi nasi goreng pattaya saya..