Resepi Nasi Hujan Panas

Resepi Nasi Hujan Panas

Bahan – bahannya :

  • 2 Cawan beras basmathi – dibersih dan direndam 30 minit
  • 1 Kiub pati ayam
  • 1 Sudu besar mentega
  • 2 Sudu besar minyak masak / jagung
  • ½ Cawan susu cair
  • 2 Cawan air
  • Sedikit buah kismis
  • Sedikit pewarna kuning , merah dan hijau

Bahan Tumis :

  • ½ Labu bawang besar
  • 1 Inci halia
  • 2 Ulas bawang putih
  • 2 Helai daun pandan
  • 1 Batang kulit kayu manis
  • 1 Kuntum bunga lawang
  • 2 Biji buah pelaga
  • 2 Biji bunga cengkih
Resepi Nasi Hujan Panas

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak dan mentega dalam kuali..
  2. Masukkan bahan tumis kedalamnya..tumis hingga kekuningan dan naik bau..
  3. Kemudian masukkan beras basmathi kedalam bahan tumisan..kacau2 hingga rata dan tutup api..
  4. Tuangkan beras kedalam periuk nasi..
  5. Masukkan pula susu cair , kiub pati ayam kacau2 rata dan tutup periuk nasi..masak seperti biasa..
  6. Apabila kering ..buka tudung periuk ,.titikan sedikit pewarna merah , kuning dan hijau..tak lupa juga buah kismis dan daun pandan ..tutup kembali tudung periuk ..biar hingga naik wap ..
  7. Buka kembali tudung periuk ..gembur2 hingga rata..dan tutup kembali..biar hingga nasi betul2 masak sepenuhnya..
  8. Siap resepi nasi hujan panas saya..
  9. Selamat mencuba..