Resepi Nasi Jagung

Resepi Nasi Jagung

Bahan – bahannya :

  • 3 Cawan beras basmathidibersih dan rendam selama 15 minit
  • 1 Mangkuk kecil isi jagung
  • 1 Cawan susu cair
  • Air secukupnya
  • 1 Kiub ayam
  • 1 Sudu besar marjerin
  • Sedikit minyak

Bahan Tumisan:

  • 1 Batang kulit kayu manis
  • 1 Kuntum bunga lawang
  • 2 Biji buah pelaga
  • 2 Biji bunga cengkih
  • 2 Helai daun pandan dicarik & disimpul
  • ½ Biji bawang merah
  • 2 Ulas bawang putih
  • 1/2 Inci halia
  • 4 Biji cili padi
Resepi Nasi Jagung

Cara Penyediaan :

  1. Basuh bersih beras, toskan air, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan marjerin , Tumis bahan tumisan hingga wangi .
  3. Masukkan susu cair, kiub ayam , jagung dan beras..kacau sehingga rata..matikan api…
  4. Tuangkan bahan tumisan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa. Sesekali kacau supaya nasi masak sekata.
  5. Bila nasi dah kering .. kacau-kacau guna garfu.
  6. Siap resepi nasi jagung secukuprasa..
  7. Sedia untuk dihidangkan