Resepi Nasi Kuning

Resepi Nasi Kuning

Bahan – bahannya :

  • 2 Cawan beras basmathi – dibersih dan direndam selama 15 minit..
  • 3 Cawan air
  • 3 Sudu besar mentega
  • 3 Sudu besar minyak
  • 3 Tangkai daun kari
  • 1 Helai daun pandan
  • 1 Batang kulit kayu manis
  • 2 Kuntum bunga lawang
  • 1 Kiub pati ayam
  • 5 Biji bawang merah – dihiris
  • 3 Ulas bawang putih – dihiris
  • 1 Sudu teh serbuk kunyit
  • 1 Sudu teh lada hitam
Resepi Nasi Kuning

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan beras kedalam periuk ..ketepikan sebentar..
  2. Panaskan mentega dan sedikit minyak , tumiskan kulit kayu manis , bunga lawang dan biji lada hitam hingga naik bau.
  3. Kemudian bolehlah dimasukkan bawang putih , bawang merah yang telah dihiris nipis , daun kari dan serbuk kunyit..Tumiskan sehingga naik bau.
  4. Kacau2 sebentar. matikan api dan tuangkan kedalam periuk nasi yang berisi beras tadi..
  5. Setelah itu bolehlah dimasukkan air , kiub ayam dan daun pandan..kacau2 rata..
  6. Bolehlah di tutup periuk nasi… masak seperti biasa dan tunggu sehingga butang periuk naik ke atas.
  7. Setelah butang naik , buka tudung periuk dan gemburkan nasi perlahan-lahan.
  8. Tutup kembali dan biarkan dalam berapa minit lagi.
  9. Nasi kuning siap.. sedia dihidangkan bersama lauk kegemaran anda semua.. Selamat mencuba
  10. Resepi Nasi kuning yang mudah untuk dimasak..