Resepi Nasi Minyak Basmathi

Resepi Nasi Minyak Basmathi

Bahan – bahannya :

  • 3 Cawan beras basmathi
  • 1 Cawan susu cair
  • 3 Cawan air
  • 1/2  Cawan kismis
  • 2 Sudu besar mentega
  • 2 Sudu besar minyak jagung
  • Garam secukuprasa
  • 1 Kiub pati.ayam
  • Sedikit pewarna kuning
Resepi Nasi Minyak Basmathi
Resepi Nasi Ulam Basmathi
Resepi Nasi Lemak Mudah
Bahan – bahan Tumis

Bahan Tumis :

  • 2 Helai daun pandan – disimpul
  • 5 Ulas bawang merah – dihiris
  • 3 Ulas bawang putih – dihiris
  • 1 Inci halia – dihiris
  • 1 Batang serai – diketuk
  • 1 Batang kulit kayu manis
  • 2 Kuntum bunga lawang
  • 3 Kuntum bunga cengkit
  • 2 Biji pelaga
Nasi Minyak Basmathi
Reepi Nasi Minyak Basmathi

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan beras basmathi kedalam periuk nasi..ketepikan..
  2. Panaskan mentega dan minyak jagung dalam kuali..
  3. Masukkan bahan tumis dalam kuali..tumis sehingga naik bau dan kekuningan..kacau kacau dan matikan api.
  4. Kemudian tuangkan bahan tumis kedalam periuk nasi ..
  5. Masukkan susu cair , kiub pati ayam , garam secukuprasa dan air secukupnya..
  6. Kemudian masukkan kismis , kacau rata…
  7. Tutup tudung periuk nasi dan masak nasi seperti biasa..
  8. Apabila nasi dah kering..titiskan sedikit pewarna kuning ke atas nasi…
  9. Tutup semula periuk nasi dan biar masak sepenuhnya..
  10. Apabila masak gemburkan nasi …
  11. Dah siap resepi nasi minyak basmathi..
  12. Sedia untuk hidangkan…
  13. Selamat mencuba…