Resepi Nasi Minyak Daun Kari Secukup Rasa

Resepi Nasi Minyak Daun Kari Secukup Rasa

Bahan – bahannya :

  • 3 Cawan beras basmathi – dibersih dan direndam selama 20 minit
  • ½ Ketul kuib ayam
  • 1 Sudu teh serbuk maggi cukuprasa
  • ½ Sudu teh serbuk kunyit
  • 2 Sudu besar minyak sapi
  • 450ml Air

Bahan Tumis :

  • 3 Tangkai daun kari
  • 1 Sudu teh biji sawi
  • 2 Ulas bawang putih
  • 2 Biji bawang merah
  • 1 Inci halia

Bahan Kisar :

  • ½ Biji bawang besar
  • 2 Ulas bawang putih
  • ½ Inci halia

Resepi Nasi Minyak Daun Kari Secukup Rasa

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , tumiskan bahan tumis hingga kekuningan..
  2. Kemudian masukkan bahan kisar bersama serbuk kunyit..masak hingga pecah minyak..
  3. Masukkan pula beras kedalam bahan tumisan..kacau2 rata matikan api..
  4. Tuangkan beras kedalam.periuk nasi..
  5. Masukkan air bersama kuib ayam dan serbuk maggi cukuprasa..kacau2 rata ..tutup tudung periuk..
  6. Masak nasi seperti biasa..
  7. Agak2 kering..buka tudung , gembur2 sedikit dan tutup kembali..
  8. Masak hingga naik wap..
  9. Sedia untuk dihidangkan..
  10. Siap resepi nasi minyak daun kari secukup rasa