Resepi Nasi Minyak Simple

Resepi Nasi Minyak Simple

Bahan – bahannya :

  • 4 Cawan beras – cuci dan toskan
  • 3 Sudu besar minyak jagung
  • 1 Sudu besar butter
  • 1/2 Cawan susu cair
  • 1 Ketui kiub pati ayam
  • Garam gula secukuprasa
  • Air secukupnya
  • 1 Helai daun pandan – niza tak letak terlupa…hihi

Bahan Tumis :

  • 3 Ulas bawang merah – dihiris
  • 2 Ulas bawang putih – dihiris
  • 1 Inci halia – dihiris memanjang dan halus
  • 1 Batang kulit kayu manis
  • 2 Biji buah pelaga
  • 1 Biji bunga lawang
  • 2 Biji bunga cengkih
Resepi Nasi Minyak Simple
Nasi goreng tomyam pedas
Nasi goreng telur kicap
Resepi Nasi Minyak Simple

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak dan butter didalam periuk…
  2. Kemudian masukkan bahan tumis kedalamnya..tumis hingga garing dan naik bau…
  3. Masukkan beras kedalam periuk dan kacau rata..
  4. Kemudian masukkan susu cair , kiub pati ayam , garam gula secukuprasa dan air secukupnya..gaul hingga rata..
  5. Kemudian biar mendidih sebentar…
  6. Masak nasi minyak kali ni , niza masak diatas dapur saja. ..nak masak dalam rice cooker pun boleh..suka – suka hati..
  7. Kacau sekali sekala hingga nasi kering…
  8. Apabila dah kering , tutup tudung periuk seketika hingga naik wap…
  9. Selepas naik wap , buka tudung periuk , gembur – gemburkan nasi hingga rata..
  10. Tutup kembali tudung periuk dan biarkan sebentar dengan menggunakan api yang perlahan.
  11. Kemudian matikan api dan siap resepi nasi minyak simple niza…
  12. Sendukkan nasi kedalam mangkuk..
  13. Sedia hidangkan…
  14. Selamat mencuba…