Resepi Nasi Serai

Resepi Nasi Serai

Bahan – bahannya :

  • 2 Cawan beras basmathi – dibersih dan direndam 30 minit..kemudian toskan
  • 3 ½ Cawan air
  • 2 Sudu besar minyak sapi
  • 6 Batang serai – diketuk
  • 4 Biji bawang merah – dihiris
  • 1 Biji bawang besar – dihiris
  • 1 Inci halia -dihiris
  • 1 Ketul kiub ayam
  • Garam secukuprasa
  • Sedikit hirisan daun bawang dan daun sup – untuk ditabur
  • Sedikit buah krismis – dihiris kecil..ikut citarasa ok..tak nak hiris pun tidak mengapa..
Resepi Nasi Serai

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak sapi , tumiskan hirisan bawang merah , bawang besar dan halia hingga naik bau..
  2. Kemudian masukkan serai.kacau2 sebentar hingga naik aroma serai..
  3. Selepas itu , masukkan beras yang sudah ditoskan..kacau hingga rata dan matikan api..
  4. Tuangkan bahan tumisan kedalam periuk nasi..
  5. Masukkan air , kiub ayam dan garam secukuprasa..kacau2 rata dan tutup tudung periuk…
  6. Masak nasi seperti biasa .
  7. Apabila nasi sudah kering..buka tudung periuk ..gembur2 sedikit dengan menggunakan garfu.
  8. Taburkan sedikit daun sup ,. daun bawang dan sedikit buah kismis .
  9. Tutup kembali tudung periuk dan biar masak sepenuhnya ..
  10. Sedia untuk dihidangkan..
  11. Siap resepi nasi serai yang mudah dan cepat untuk di masak…
  12. Selamat mencuba