Resepi Nasi Ulam Basmathi

Resepi Nasi Ulam


Bahan – bahannya :

  • 8 Pot beras basmathi – Dicuci dan dimasak terlebih dahulu , kemudian biarkan ianya sejuk.
  • 5 Ketul ikan talang – digoreng dengan minyak dan ditumbuk halus
  • Sedikit udang kering digoreng tanpa minyak kemudian ditumbuk halus.
  • 5 Sudu besar kerisik
  • 3 Inci halia – ditumbuk
  • Sedikit lengkuas – ditumbuk
  • 4 Batang serai – ditumbuk
  • 8 Biji cili padi – ditumbuk..ikut kepedasan masing- masing
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit lada putih
  • 1 Inci belacan – dibakar dan ditumbuk
  • Garam dan gula secukuprasa
  • 3 Labu bawang besar – dihiris halus.
  • Sedikit asam jawa.

Jenis Ulaman:

  • Antara ulaman yang digunakan adalah daun selom, daun kesum, daun kunyit, pucuk kadok, pegaga, daun sekentut, pucuk daun kari, pucuk limau purut, pucuk daun mangga, bunga betik, bunga kantan.ulam raja..dicuci dan toskan..Selepas itu ambil ulam dan gulungkan ..kemudian hiris halus.
Resepi Nasi Ulam

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan nasi yang disejukkan kedalam mangkuk..Kemudian masukkan kesemua ulam yang dihiris halus kedalam nasi.
  2. Gaul dan ratakan kesemua bahan -bahan.
  3. Apabila kesemua sebati, bolehlah dihidangkan..
  4. Ulaman banyak lagi sedap nasinya.
  5. Nasi ulam sesuai dimakan dengan asam pedas keladi..daging bakar pun sedap…sedapp…
  6. Resepi Nasi ulam basmathi siap ..sedia untuk dihidangkan…Selamat mencuba…