Resepi Pajeri Nenas Secukuprasa

Resepi Pajeri Nenas Secukuprasa

Bahan – bahannya :

  • 1 Biji nenas
  • 150ml santan
  • 2 Sudu besar kerisik
  • 3 Sudu besar gula perang
  • Garam secukup rasa
  • 1 Sudu besar udang kering
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Bahan Rempah Dan Kisar :

  • 2 Sudu besar rempah kari daging
  • 1 Sudu besar serbuk cili
  • 1 Biji bawang besar – dikisar
  • 2 Ulas bawang putih – dikisar

Bahan Tumis :

  • 5 Biji bawang merah – dihiris
  • 3 Ulas bawang putih – dihiris
  • 2 Inci halia – dihiris
  • 2 Biji bunga lawang
  • 1 Batang kecil kulit kayu manis
Resepi Pajeri Nenas Secukuprasa

Cara Penyediaan :

  1. Kupas nenas dan hiris . Boleh hiris bulat dan boleh dibelah2.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik bau dan kekuningan.
  3. Masukkan rempah kari daging yang dibancuh dengan bahan kisar dan sedikit air..Masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan pula udang kering , kerisik dan gula perang….kacau2 rata ..
  5. Tambahkan garam secukuprasa , santan dan sedikit air…kacau lagi..
  6. Masukkan nenas dan kacau sehingga rata.. jangan masukkan air ya..kerana nenas akan keluarkan jusnya..
  7. Biar sebentar lebih kurang 15 minit hingga nenas nampak jernih..
  8. Kacau sekali sekala ok.
  9. Apabila kuah agak pekat perlahankan api ..Masak sehingga kuah naik minyak dan masakan nampak cantik..
  10. Matikan api dan sedia dihidangkan bersama nasi panas..nak sedap lagi..bolehlah di goreng ikan kering pula..😊
  11. Siap resepi pajeri nenas secukuprasa..