Resepi Pajeri Rebung

Resepi Pajeri Rebung

Bahan – bahannya :

  • 12 Ketul rebung madu jenis kecil -dikelar supaya rempah mudah menyerap masuk..
  • 1 Cawan santan pekat- niza pakai santan kotak dan tambah air secukupnya.
  • 1 Sudu besar kerisik
  • Garam secukuprasa
  • 1 Sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 Sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 Sudu teh serbuk jintan putih
  • 2 Sudu besar serbuk kari daging
  • Air secukupnya
  • 2 Sudu besar gula – ikut cita rasa masing – masing..nak manis lagi boleh lebihkan gula.
  • Sedikit minyak masak untuk menumis

Bahan Tumis :

  • 1 Batang kulit kayu manis
  • 2 Biji bunga lawang
  • 2 Biji buah pelaga
  • 1 Tangkal daun kari
  • 2 Ulas bawang merah – dihiris
  • 2 Ulas bawang putih – dihiris
  • 1 Inci halia – dihiris

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , masukkan bahan tumis kedalam periuk , tumis sehingga wangi. Kemudian masukkan serbuk rempah kari daging , serbuk ketumbar , serbuk jintan manis , serbuk jintan putih dan sedikit air.. Tumis dan masak rempah sehingga pecah minyak dan garing…
  2. Masukkan santan dan rebung serta kerisik. Masak sehingga rebung lembut dan kuah pajeri menjadi pekat.
  3. Masukkan gula dan garam secukuprasa .
  4. Rasa pun secukuprasa matikan api..
  5. Siap resepi pajeri rebung..sedia untuk hidangkan…