Resepi Paprik Sotong Secukup Rasa

Resepi Paprik Sotong Secukup Rasa

Bahan – bahannya :

  • 1 Biji bawang holland
  • Bunga kubis
  • 8 Ekor sotong – saiz sederhana
  • 1 Batang lobak merah – saiz sederhana
  • 3 Sudu besar cili kisar
  • 6 Helai daun limau purut
  • 6 Biji cili padi
  • 6 Biji tomato ceri
  • 1 Sudu besar serbuk perasa
  • 1 Sudu besar sos cili
  • 150 ml air
  • 1 Sudu besar sos tomato
  • 1 Sudu besar sos tiram
  • 1 Sudu besar sos ikan

Bahan Tumis :

  • 4 Biji bawang merah
  • 2 Batang serai – diketuk
  • 3 Ulas bawang putih
  • ½ Inci halia
Resepi Paprik Sotong Secukup Rasa

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , tumiskan bahan tumisan hingga kekuningan dan naik bau ..
  2. Kemudian masukkan cili kisar bersama sedikit air..masak hingga pecah minyak..
  3. Tambahkan pula , sos tiram , sos cili dan sos tomato ..kacau2 rata.. biar mendidih sebentar..
  4. Masukkan sotong , daun limau purut..kacau lagi..
  5. Masukkan pula lobak merah , bunga kubis , tomato ceri , sos ikan dan serbuk perasa..kacau sehingga rata
  6. Tambahkan sedikit air lagi untuk dijadikan kuah. .kacau rata..dan biar mendidih sebentar hingga kuah sedikit pekat..
  7. Akhirnya masukkan hirisan bawang holland dan cili padi..kacau sehingga rata dan sebati..
  8. Rasa semuanya secukuprasa..baru matikan api..
  9. Sedia untuk dihidangkan..
  10. Siap resepi paprik sotong secukup rasa..