Resepi Popia Sata Ikan

Resepi Popia Sata Ikan

Bahan – bahan

  • 1 Paket kecil kulit popia
  • 1 Sudu besar tepung gandum – dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan gam
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan Kisar :

  • Sekilo ikan kembung..dibersih dan direbus
  • 2 ½ Cawan kelapa parut putih
  • 15 Biji cili padi
  • 1 Biji bawang besar
  • 3 Ulas bawang putih
  • 1 Inci halia
  • 4 Batang serai
  • 1 Sudu besar lada hitam
  • Garam dan gula secukuprasa
  • Sedikit air
Resepi Popia Sata Ikan

Cara Penyediaan :

  1. Ikan yang direbus , diambil isi ikan sahaja..
  2. Kemudian masukkan kesemua bahan kisar kedalam balang pengisar..kisar sehingga halus..
  3. Tuangkan bahan kisar kedalam kuali..masak sebentar hingga air sedikit kering..matikan api sejukkan sebentar bahan inti satar..
  4. Sediakan kulit popia , sudukan sedikit inti dan letak keatas kulit popia..lipat kiri kanan dan gulungkan ..dipenghujung kulit sapukan sedikit bancuhan tepung gandum..untuk dijadikan gam. jangan letak terlalu banyak inti ikan ok..takut kulit popia pecah..
  5. Ulang balut hingga habis..
  6. Panaskan minyak , goreng popia hingga kekuningan..angkat dan toskan minyak..
  7. Sedia dihidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang..
  8. Siap resepi popia sata ikan secukuprasa..
  9. Selamat mencuba..