Resepi Pulut Kuning Kukus

Resepi Pulut Kuning Kukus

Bahan – bahannya :

  • 1 ½ Cawan beras pulut – dibersih dan direndam sedikit kunyit dan sekeping asam
  • 1 Kotak santan – boleh ditambah
  • ½ Sudu besar gula pasir
  • Garam secukuprasa
  • 2 Helai daun pandan
Resepi Pulut Kuning Kukus

Cara Penyediaan :

  1. Basuh beras pulut dan tos airnya. Masukkan sedikit serbuk kunyit.. Kacau kacau supaya warna rata
  2. Kemudian masukkan air dan rendam beras pulut dengan asam keping semalaman atau 2 , 3 jam pun boleh.. bergantung kepada jenis beras pulut. Jika beras pulut susu, sekejap sahaja sudah memadai ok..
  3. Panaskan pengukus. Tos beras pulut. Masukkan ke dalam periuk pengukus ..lapik dengan daun pisang atau daun pandan..saya tidak lapik cuma letak daun pandan keatas pulut
  4. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.
  5. Angkat , keluar pulut dan masukkan ke dalam mangkuk ..
  6. Tuangkan santan yang telah digaulkan dengan ½ sudu gula dan garam secukuprasa.. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Santan tu masak dulu ya..untuk tahan lama..
  7. Masukkan semula dalam periuk kukusan dan kukus lagi. 
  8. Kukuskan lagi sekali sehingga naik wap.
  9. Bila telah naik wap, matikan api dapur dan masukkan pulut ke dalam mangkuk sekali lagi..Kacau2 pulut hingga rata..
  10. Bolehlah dihidangkan pulut dengan serunding ikan atau sambal ayam , gulai ayam ..mana2 lauk pun boleh..
  11. Siap resepi pulut kuning kukus..
  12. Selamat mencuba..