Resepi Sambal Ayam Ala Thai

Resepi Sambal Ayam Ala Thai

Bahan – bahannya :

  • 9 Ketui ayam – digaul garam dan kunyit
  • Sedikit daun ketumbar
  • Sedikit daun bawang
  • 4 Helai daun limau purut
  • 1 Sudu besar sos ikan
  • Garam gula secukuprasa
  • Sedikit serbuk maggi cukuprasa
  • 2 Biji limau kasturi – ambil jusnya sahaja
  • Sedikit bawang goreng
  • 1 Batang serai – diketuk
  • 1 Labu bawang holland saiz kecil – dihiris
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan Kisar :

  • 2 Ulas bawang merah
  • 2 Ulas bawang putih
  • 1 Inci halia
  • 1 Inci lengkuas
  • 1 Labu bawang besar saiz kecil
  • 3 Biji cili merah
  • 14 Biji cili padi
Resepi Sambal Ayam Ala Thai

Cara Penyediaan :

  1. Tuangkan minyak yang banyak dalam kuali untuk goreng ayam..
  2. Panaskan minyak , goreng ayam hingga garing..tos dan ketepikan sebentar…
  3. Buangkan sedikit minyak goreng ayam , tinggal sedikit sahaja untuk menumis..saya pakai minyak yang sama untuk menumis..
  4. Panaskan minyak , masukkan bahan kisar dan serai..tumis hingga pecah minyak..
  5. Masukkan sos ikan , garam gula secukuprasa , sedikit serbuk maggi cukuprasa dan jus limau kasturi..kacau – kacau hingga rata..
  6. Kemudian masukkan daun ketumbar ..kacau lagi..
  7. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng..kacau hingga ayam bersalut dengan kuah..
  8. Tambahkan sedikit air lagi..kacau dan biar mendidih sebentar..
  9. Masukkan daun limau purut dan hirisan bawang besar..kacau2 hingga rata dan sebati..
  10. Rasa semuanya secukuprasa..baru matikan api..
  11. Siap resepi sambal ayam ala thai saya..
  12. Tuang kedalam mangkuk dan hias dengan sedikit daun bawang dan bawang goreng..
  13. Sedia untuk hidangkan..
  14. Selamat mencuba…