Resepi Sambal Kering Ikan Sembilang

Resepi Sambal kering Ikan Sembilang

Bahan – bahannya :

  • 12 Ekor ikan sembilang saiz kecil sahaja – dibersihkan , gaul garam kunyit dan goreng.
  • Sedikit air asam jawa
  • 2 Ulas bawang merah – dihiris
  • 1 Ulas bawang putih dihiris
  • Garam dan gula secukuprasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Kisar :

  • 1 Labu bawang besar – dikisar
  • 3 Ulas bawang putih – dikisar
  • 10 Tangkai cili kering – direbus dan dikisar.
Resepi Sambal kering Ikan Sembilang

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan..
  2. Kemudian masukkan bahan kisar kedalam kuali..tumis hingga cili betul – betul garing.
  3. Apabila cili dah garing, masukkan air asam jawa , gula dan garam secukuprasa.kacau rata..
  4. Akhir sekali , masukkan ikan sembilang yang telah digoreng dan gaul rata.
  5. Tutup api dan tuangkan diatas pinggan..
  6. Dah siap resepi sambal kering ikan sembilang saya..
  7. Sedia untuk dihidangkan..