Resepi Sambal Tumis Sotong

Resepi Sambal Tumis Sotong

Bahan – bahannya :

  • 200 gm sotong saiz kecil – cuci dan toskan
  • 1 Biji kentang – dihiris nipis dan digoreng
  • 1 Keping asam gelugur
  • Garam gula secukuprasa
  • Sedikit serbuk maggi cukuprasa
  • 2 Ulas bawang merah – dihiris
  • 2 Ulas bawang putih – dihiris
  • 2 Tangkai daun kari
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis

Bahan Kisar :

  • 15 Tangkai cili kering – dikisar
  • 1 Labu bawang besar – dikisar
  • 3 Ulas bawang putih – dikisar
Resepi Sambal Tumis Sotong

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , goreng kentang hingga kekuningan..kemudian toskan..
  2. Buangkan sedikit minyak..tinggal sedikit sahaja untuk menumis..
  3. Panaskan minyak , tumis tumiskan bawang merah , bawang putih dan daun kari hingga kekuningan..
  4. Kemudian masukkan cili kisar..masak hingga pecah minyak..
  5. Masukkan asam keping ,gula garam secukuprasa dan sedikit serbuk maggi cukuprasa..kacau2 rata sebentar..
  6. Kemudian masukkan sotong ..kacau rata dan biar sebentar hingga sotong masak ..
  7. Akhir sekali masukkan kentang yang sudah digoreng kedalam sambal..kacau2 rata supaya kentang dan sotong bersalut dengan sambal..biar seketika hingga kuah sedikit pekat..
  8. Rasa semuanya dah secukuprasa..matikan api..
  9. Sedia untuk dihidangkan..
  10. Siap resepi sambal tumis sotong..