Resepi Sambal Tumis Sotong Petai

Resepi Sambal Tumis Sotong Petai

Bahan – bahan Sambal Tumis Sotong Petai

Bahan – bahannya :

  • 200 Gm sotong saiz kecil
  • 4 Papan petai – diambil bijinya
  • Garam , gula secukuprasa
  • 1 Sudu besar serbuk maggi cukuprasa
  • Sedikit air asam jawa
  • Minyak untuk menumis
Bahan Tumis

Bahan Tumis :

  • 2 Ulas bawang merah
  • 1 Biji cili padi merah
Bahan – Bahan Kisar
Bahan Yang Telah Dikisar

Bahan kisar :

  • 25 Tangkai cili kering – direbus dan kisar
  • 1 Labu bawang besar
  • 3 Ulas bawang putih
  • ½ Inci halia
Resepi Sambal Tumis Sotong Petai

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan cili padi hingga naik bau…
  2. Masukkan bahan kisar..masak sehingga ianya benar benar garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan sotong..kacau – kacau rata..Saya tidak masukkan air kerana sotong mengeluarkan air yang banyak.
  4. Kemudian masukkan garam , gula dan serbuk maggi cukuprasa..Kacau – kacau rata dan biar mendidih sebentar..
  5. Akhir sekali masukkan petai..kacau hingga sebati dengan kuah..
  6. Biar seketika sehingga kuah sedikit pekat..rasa semuanya secukuprasa , sotong dan petai dah masak..matikan api…
  7. Siap resepi sambal tumis sotong petai
  8. Sedia untuk dihidangkan…