Resepi Sandwich Telur Terlajak Pedas

Resepi Sandwich Telur Terlajak Pedas

Bahan – bahannya :

  • 6 Keping roti putih
  • 3 Biji telur – direbus
  • 4 Keping slice cheese
  • 5 Keping nurget – dihiris dadu kecil
  • ½ Labu bawang besar – dihiris dadu kecil
  • ½ Biji tomato – dihiris dadu kecil
  • 3 Biji cili padi merah – dihiris kecil
  • 1 Sudu teh garam
  • 2 Sudu besar sos cili
  • Sedikit mentega – untuk disapu pada roti
Resepi Sandwich Telur Terlajak Pedas
Resepi Roti Jala
Bahan – Bahan Sandwich
Resepi Sandwich Telur Terlajak Pedas

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan telur ke dalam mangkuk..hancur – hancur dengan garfu…
  2. Kemudian masukkan bawang besar , tomato , nurget  dan cili padi merah..kacau sehingga rata..
  3. Masukkan garam dan sos cili..kacau lagi hingga rata dan sebati..ketepikan sebentar.
  4. Sapukan mentega di atas permukaan roti..
  5. Ambil sekeping roti yang disapu mentega..letakkan inti keatasnya..ratakan..kemudian letak slice cheese keatas inti..
  6. Ambil roti yang kedua ..letak kembali diatas slice cheese..sapu mentega..kemudian letak inti lagi..letak cheese .lepas tu tutup dengan roti lapisan ketiga..
  7. Kemudian potong tepi roti keempat bahagian..
  8. Selepas itu baru dibelah bentuk segitiga..
  9. Siap resepi sandwich telur terlajak pedas..ulang buat hingga habis..
  10. Sedia untuk hidangkan..
  11. Senangkan..selamat mencuba..