Resepi Sotong Sumbat Bakar

Resepi Sotong Sumbat Bakar

Bahan Untuk Sotong Bakar :

  • 2 Ekor sotong saiz sederhana besar – dibersih dan toskan..
Resepi Sotong Sumbat Bakar

Cara Penyediaan Sotong Sumbat :

  1. Ambil sotong dan sumbat inti telur yang digoreng scrambled egg ..sumbat inti kedalam perut sotong hingga padat..
  2. Letakkan sotong yang disumbat inti keatas dulang pembakar..
  3. Kelar sedikit perut sotong ..
  4. Kemudian sapukan sambal percik keatas sotong..sapu keseluruhan sotong..
  5. Sebelum bakar..panaskan oven selama 10 minit..
  6. Selepas itu baru masukkan sotong kedalam oven..
  7. Bakar dengan suhu 170’c selama 20 minit dan hingga sotong masak..
  8. Angkat dan potong..ikut citarasa masing2 nak potong lagu mana..hihihi..
  9. Dah siap..resepi sotong sumbat bakar..
  10. Sedia untuk dihidangkan dengan sambal percik sotong ..

Bahan Untuk Inti Sotong :

  • 6 Biji telur
  • 2 Biji cili merah – dihiris kecil
  • ½ Biji lobak merah – dihiris dadu kecil
  • 2 Biji tomato – dihiris dadu kecil
  • 1 Sudu besar sos ikan
  • Sedikit daun ketumbar – dihiris
  • Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan Inti Sotong :

  1. Pecahkan telur kedalam mangkuk..
  2. Kemudian masukkan kesemua bahan kedalam telur..pukul telur hingga sebati..
  3. Panaskan minyak , goreng telur hingga menjadi scrambled egg..
  4. Matikan api dan tuang kedalam mangkuk…
  5. Sejukkan sebentar..

Bahan Untuk Sambal Percik Sotong :

  • ½ Inci halia – dihiris
  • 2 Ulas bawang putih – dihiris
  • 2 Ulas bawang merah
  • 1 Batang serai – diketuk
  • 6 Sudu besar cili kering kisar
  • Garam gula secukuprasa
  • 1 Keping asam gelugur
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan Sambal Percik Sotong :

  1. Panaskan minyak , tumiskan halia , bawang putih , bawang merah dan hingga kekuningan..
  2. Kemudian masukkan cili kisar bersama asam keping..masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit air , garam gula secukuprasa..kacau2 sebentar..kemudian masak hingga kuah sedikit pekat..
  4. Siap sambal percik sotong..