Resepi Sup Ayam Simple

Resepi Sup Ayam Simple

Bahan – bahannya :

  • 6 ketul ayam saiz kecil sahaja – dicuci dan toskan
  • 2 Cm halia  – ditumbuk
  • 2 Ulas bawang putih – ditumbuk
  • 2 Ulas bawang merah ditumbuk
  • Air secukupnya
  • 2 Biji kentang – dikupas kulit , dibelah 4 setiap sebiji..
  • 1 Batang kayu manis
  • 2 Kuntum bunga lawang
  • 2 Biji buah pelaga
  • 2 Biji bunga cengkih
  • 1 Biji cili padi – dihiris
  • Sedikit daun sup dan ketumbar
  • Garam secukuprasa
  • Sedikit serbuk ayam
Resepi Sup Ayam Simple

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan ayam kedalam periuk dan air secukupnya..rebus hingga mendidih…
  2. Kemudian masukkan bahan tumbuk , kulit kayu manis , bunga lawang , buah pelaga dan bunga cengkih..kacau dan biar mendidih …
  3. Selepas itu , masukkan ubi kentang , garam secukuprasa , serbuk ayam , daun sup dan daun ketumbar..biar mendidih dengan menggunakan api yang kecil hingga ayam masak dan kentang empuk…
  4. Sebelum matikan api ..rasa dahulu..apabila semuanya secukuprasa..baru matikan api…
  5. Siap resepi sup ayam simple niza..
  6. Tuang kedalam mangkuk , dan sedia dihidangkan…