Resepi Sup Ayam

Resepi Sup Ayam

Bahan – bahannya :

  • 5 Ketul ayam – dibersih dan toskan
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 1/2 batang lobak merah – dihiris memanjang
  • 2 Biji kentang sederhana besar – dibelah 3
  • 3 Biji tomato ceri
  • 1 Batang Celery – dipotong
  • Air secukupnya
  • 1 Kiub pati ayam
  • 1 Sudu besar jintan manis
  • 1 Sudu besar lada hitam
  • 1 Sudu besar serbuk sup
  • 1 Sudu kecil jintan putih
  • Sedikit hirisan daun sup

Bahan Tumis :

  • 3 Ulas bawang putih
  • 3 Biji bawang merah
  • ½ Inci halia
  • 1 Batang kayu manis
  • 2 Biji buah pelaga
  • 1 Kuntum bunga lawang
  • 2 Biji bunga cengkih
Resepi Sup Ayam

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Masukkan bahan tumis kedalamnya..
  3. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
  4. Kemudian masukkan serbuk sup , serbuk jintan manis , serbuk jintan putih dan serbuk lada hitam ..kacau2 sebentar..
  5. Masukkan ayam bersama ubi kentang dan juga sedikit air agak2 tenggelam isi ayam…. kacau lagi dan mendidih
  6. Bila sup sudah mula mendidih , masukkan lobak merah dan batang celery..Masak sehingga empuk.
  7. Masukkan tomato beserta kiub ayam..
  8. Taburkan dengan hirisan daun sup ..
  9. Rasanya semuanya secukuprasa..kentang sudah empuk..ayam pun dah masak..matikan api..
  10. Sedia untuk dihidangkan…
  11. Siap resepi Sup ayam