Resepi Sup Brokoli Udang

Resepi Sup Brokoli Udang

Bahan – bahannya :

  • 100 Gm udang sayur kecil
  • 100 Gm brokoli – dihiris
  • 1/2 Batang lobak merah – dihiris dadu / menyerong
  • 2 Ulas bawang putih – dihiris
  • ½ Labu bawang besar – dihiris
  • Sedikit daun ketumbar -dihiris kasar
  • Sedikit sos tiram
  • Garam dan gula secukuprasa
  • 1/2 Ketul kiub ayam
  • Air secukupnya
Resepi Sup Brokoli Udang

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau .
  2. Masukkan udang , kacau rata dan masak hingga udang berubah warna.
  3. Kemudian tuangkan air secukupnya.. tambahkan sedikit sahaja sos tiram , daun ketumbar , kiub ayam dan lobak merah . Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar…
  4. Akhir sekali masukkan brokoli , garam, gula secukuprasa..kacau sedikit , dan masak hingga lobak merah dan brokoli lembut..
  5. Apabila rasa dah ok..sayuran pun dah lembut..matikan api..
  6. Resepi Sup brokoli udang siap untuk dihidangkan..
  7. Selamat mencuba…