Resepi Udang Goreng Mentega Telur Masin

Resepi Udang Goreng Mentega Telur Masin

Bahan – bahannya :

  • 12 Ekor udang saiz sederhana besar
  • 1 Sudu besar tepung jagung
  • 1 Sudu teh lada putih
  • 5 Biji telur masin – direbus dan diambil kuning sahaja..kacau2 hancur telur kuning..
  • 6 Ulas bawang putih – dicincang halus
  • 6 Biji cili padi – dihiris kecil
  • 2 Sudu besar mentega
  • 2 Tangkai daun kari
  • 1 Sudu teh garam
  • 1 Sudu besar gula
  • 150ml susu full cream
Resepi Udang Goreng Mentega Telur Masin
Resepi Udang Goreng Mentega Telur Masin

Cara Penyediaan :

  1. Udang di bersih dan diletak kedalam mangkuk bersama tepung jagung dan serbuk lada putih..kacau hingga rata dan goreng , angkat dan toskan..ketepikan sebentar…
  2. Cairkan mentega , tumiskan bawang putih , cili padi dan daun kari hingga naik bau..
  3. Kemudian masukkan telur masin kuning sahaja bersama susu full cream..kacau2 rata dan biar hingga mendidih..
  4. Masukkan pula ,. garam dan gula..kacau lagi..
  5. Akhirnya masukkan udang yang telah digoreng tadi , kacau2 rata hingga semuanya bersalut..biar kuah sedikit pekat matikan api..
  6. Sedia untuk dihidangkan..
  7. Siap resepi udang goreng mentega telur masin..