Roti Sosej Cheese Gulung

Roti Sosej Cheese Gulung

Bahan – bahannya :

  • 1 Bungkus roti potong
  • 1 Mangkuk bread crumbs / serbuk roti
  • 1 Bungkus kepingan slice cheese
  • 1 Bungkus sosej
  • 2 Biji telur
  • Sedikit mustard
  • Sedikit lada hitam kasar
  • Sedikit mayonis
  • Sedikit garam – untuk telur
  • Minyak untuk menggoreng
Roti Sosej Cheese Gulung

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak dan goreng sosej hingga masak Angkat dan toskan minyak..
  2. Kacau telur dan masukkan sedikit garam.
  3. Ambil sekeping roti dan leperkan roti dengan menggunakan roll kayu.
  4. Kemudian sapukan sedikit mayonis , mustard dan lada hitam kasar diatas permukaan roti..
  5. Letak kepingan cheese di atas roti diikuti dengan sosej.
  6. Gulung dengan kemas..ulang gulung sehingga habis .
  7. Kemudian celup roti gulung ke dalam telur.
  8. Selepas itu golek-golekkan roti ke dalam serbuk roti / bread crumb sehingga semua bahagian disalut sekata.
  9. Goreng roti di dalam minyak panas sehingga kekuningan.
  10. Angkat dan sejukkan.
  11. Siap roti sosej cheese gulung..
  12. Selamat mencuba..