Sambal Ayam Masam Manis

Sambal Ayam Masam Manis

Bahan – bahannya :

  • 6 Ketul ayam – dibersih dan digaul garam kunyit
  • 1 Mangkuk kecil cili kisar
  • 1 Labu bawang holland – dihiris bulat
  • 3 Biji cili padi – dihiris
  • 8 Biji tomato ceri
  • 2 Sudu besar sos tomato
  • 2 Sudu besar sos cili
  • 1 Sudu besar sos tiram
  • 1 Sudu besar sos lada hitam
  • Garam gula secukuprasa
  • 3 Ulas bawang putih – dihiris
  • 3 Biji bawang merah – dihiris
  • ½ Inci halia – dihiris
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
Sambal Ayam Masam Manis

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak dalam kuali..goreng ayam separuh masak…angkat dan toskan minyak..
  2. Tuangkan minyak gorengan ayam tadi , tinggal sedikit sahaja dalam kuali…
  3. tumis bawang merah , bawang putih dan halia hingga kekuningan…
  4. Kemudian masukkan cili kisar…masak hingga pecah minyak..
  5. Masukkan ayam yang digoreng separuh masak bersama garam , gula secukuprasa dan sedikit air..kacau rata…biar sebentar hingga ayam betul betul masak..
  6. Kemudian masukkan sos cili , sos tiram , sos tomato dan sos lada hitam ..kacau lagi hingga sos bersalut dengan ayam..
  7. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar , hirisan cili padi dan tomato ceri..
  8. kacau rata dan masak hingga kuah sedikit kering
  9. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan..
  10. Siap sambal ayam masam manis cara secukuprasa..🤗🤗😁