Sambal Hijau Kerang

Sambal Hijau Kerang

Bahan-bahan

  • 1 Kg kerang
  • 1 Biji bawang besar – dihiris
  • 3 Biji cili padi – dihiris
  • Sedikit hirisan daun ketumbar dan akar
  • 2 Batang serai – diketuk
  • 1 Inci halia
  • 3 Biji bawang merah – dihiris
  • 5 Ulas bawang putih – dihiris
  • 1 Sudu besar jus lemon
  • 1 Sudu besar gula perang
  • Garam secukup rasa
  • 1 Sudu besar sos ikan
  • Minyak untuk menumis

Bahan Kisar :

  • 12 Biji cili padi
  • 2 Biji cili besar hijau
  • 3 Biji bawang merah
  • 3 Ulas bawang putih
  • ½ Inci kunyit hidup

Cara Penyediaan :

  1. Kerang direbus hingga masak..tos dan biarkan 5 minit.. Buka kulit kerang , dan ambil cengkerang sebelah sahaja yang ada isi..
  2. Panaskan minyak , tumis bawang merah , bawang putih , halia , serai dan akar ketumbar..tumis sehingga naik bau wangi..
  3. Kemudian masukkan bahan kisar ..tumis sehingga masak dan pecah minyak..
  4. Masukkan pula kerang ..kacau2 rata..jika kuah terlalu kering masukkan sedikit air..kacau lagi..
  5. Tambahkan jus lemon , sos ikan dan gula perang ..kacau dan masak sebentar…
  6. Masukkan sedikit garam jika kurang rasa..
  7. Akhir masukkan hirisan bawang besar , hirisan cili padi dan hirisan daun ketumbar..
  8. Kacau2 rata dan sebati..matikan api..
  9. Sedia untuk menikmati..
  10. Siap sambal hijau kerang
  11. Selamat mencuba