Sambal Paru Berlada

Sambal Paru Berlada

Sambal Paru Berlada

Bahan bahan:

  • 200gm paru – rebus dan lumur sedikit garam kunyit
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • ½ Biji hirisan bawang holland
  • 1 Sudu teh serbuk perasa secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 1 Sudu teh serbuk kunyit
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan Kisar :

  • 4 Biji bawang merah
  • 3 Ulas bawang putih
  • ½ Inci halia
  • 6 Biji cili padi merah
  • Sedikit daun ketumbar
  • 6 Biji cili merah besar

Cara Penyediaan :

  1. Rebus paru dengan sedikit garam dan sehingga empuk..angkat dan tos. 
  2. Bila sejuk , hiris paru nipis2 ..ikut citarasa ok..
  3. Lumur paru dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. 
  4. Panaskan minyak dan goreng paru sehingga garing. Angkat dan tos. Ketepikan.
  5. Panaskan minyak dalam kuali lain dan tumis bahan kisar sehingga garing dengan menggunakan api perlahan. 
  6. Masukkan sedikit serbuk kunyit , garam  , serbuk perasa secukup rasa dan paru yang sudah digoreng..kacau2 rata..
  7. Masukkan hirisan bawang holland dan hirisan daun bawang..kacau semuanya sehingga sebati..
  8. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan..
  9. Siap paru goreng berlada..
  10. Selamat mencuba..