Sambal Tumis Ikan Kembung

Sambal Tumis Ikan Kembung

Sambal Tumis Ikan Kembung
Sambal Tumis Ikan Kembung

Bahan – bahannya :

  • 4 Ekor ikan kembung
  • 8 Sudu besar Cili kisar
  • 1 Sudu besar gula perang
  • 2 Sudu besar sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • 1 Sudu teh pati asam jawa
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menggoreng
Sambal Tumis Ikan Kembung
Sambal Tumis Ikan Kembung

Bahan Tumis :

  • 3 Biji bawang merah
  • 3 Ulas bawang putih

Cara Penyediaan :

  1. Gaulkan ikan dengan garam kunyit..kemudian panaskan minyak , goreng ikan hingga masak..angkat dan ketepi sebentar..
  2. Minyak yang sama..buang sedikit sahaja..tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan..
  3. Masukkan cili kisar..masak sehingga pecah minyak..
  4. Kemudian , masukkan sos tiram , gula perang dan pati asam jawa..kacau2 rata..tambahkan garam secukuprasa..kacau lagi..jika kuah terlalu pekat boleh saja ditambah sedikit air untuk dijadikan kuah..sis pula suka kuah sedikit pekat..ikut citarasa..
  5. Akhir masukkan ikan yang tekah digoreng kedalam kuah sambal..kacau semuanya hingga ikan bersalut dengan kuah..biar sebentar dengan api yang kecil hingga kuah pekat dan pecah minyak..
  6. Matikan api dan sedia untuk hidangkan..
  7. Siap sambal tumis ikan kembung..
  8. Selamat mencuba..