Sambal Tumis Kerang Bulu

Sambal Tumis Kerang Bulu

Bahan – bahannya :

  • 250gm isi kerang bulu
  • 1 Mangkuk kecil cili kisar
  • 1 Sudu teh serbuk kunyit
  • 2 Biji bawang merah – dihiris
  • 2 Ulas bawang putih – dihiris
  • 1 Sudu besar gula perang – boleh ditambah atau kurang
  • Garam secukuprasa
  • 1 Sudu teh pati asam jawa
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Air secukupnya
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis
Sambal Tumis Kerang Bulu

Cara Penyediaan :

  1. Rebus kerang sehingga masak dan ambil isi sahaja…
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga keperangan..
  3. Kemudian masukkan cili kisar dan serbuk kunyit.. kacau2 semua bahan dan masak sebentar sampai cili kisar pecah minyak .
  4. Masukkan pati asam jawa bersama sedikit air..kacau rata..
  5. Tambahkan gula perang dan garam secukuprasa.. terus kacau sambal hingga masak dan pecah minyak .
  6. Jika sambal kelihatan kering boleh la ditambah sedikit lagi minyak.
  7. Masukkan isi kerang dan sedikit air untuk kuah..kacau semua bahan sehingga rata dan sebati..
  8. Taburkan hirisan daun bawang.biar mendidih dan kerang masak sebentar..bila sudah masak boleh la matikan api . 
  9. Sedia untuk dihidangkan..
  10. Siap sambal tumis kerang bulu …
  11. Selamat mencuba