Sandwich Tuna

Sandwich Tuna

Bahan – bahannya

  • 1 Bungkus roti
  • Baby romaine secukupnya
  • 1 Biji bawang holland – dihiris dadu
  • 3 Biji cili padi – dihiris halus
  • 6 Biji tomato ceri – dihiris dadu
  • 3 Biji telur rebus
  • 1 Tin ikan tuna
  • 1 Sudu teh lada putih
  • 1 Sudu lada hitam
  • Mayonis secukup rasa
  • Sos cili secukup rasa
  • 1 Sudu besar lemon jus
  • Mentega secukupnya
Sandwich Tuna
Sandwich Tuna

Cara Penyediaan Inti :

  1. Mula sekali sediakan satu mangkuk..masukkan telur yang telah di rebus di kupas kulitnya kedalam mangkuk..kemudian di lenyek halus..
  2. Kemudian masukkan tuna dan di lenyek kasar .gaulkan adunan hingga rata..
  3. Kemudian masukkan cili padi , bawang holland yang di dadu kecil, tomato ceri , serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan perahan lemon..gaul rata..
  4. Tambahkan mayonis dan sos cili..gaul2 hingga rata dan sebati..
  5. Adunan dah siap atau lebihan dari buat sandwich.. boleh masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais . Tahan 2 , 3 hari..

Cara Penyediaan Sandwich Tuna :

  1. Ambil sekeping roti…sapukan dengan sedikit butter atau marjerin..
  2. Kemudian letakkan sayur baby romaine ..ikut suka anda nak letak sayur apa pun boleh..
  3. Kemudian letakkan tuna yang telah kita sediakan tadi, letak diatas roti..ratakan.
  4. Letakkan satu keping lagi roti yang kita telah sapukan butter dan kapitkan kedua-duanya…
  5. Tekan sedikit atasnya supaya ia padat
  6. Buangkan tepi roti yang keras
  7. Kemudian potong sandwich kepada 2 keping atau 4 keping ikut kesesuaian.
  8. Bolehlah nak potong 4 segi atau 3 segi ikut keselesaan anda ok..
  9. Ulang hingga habis..
  10. Sandwich tuna siap untuk di nikmati.😋😋
  11. Selamat mencuba..