Ikan Siakap Masam Manis

Siakap Masam Manis

Bahan – bahannya :

  • 1 Ekor ikan siakap – dibersih , dikelar , lumur garam kunyit dan goreng
  • 2 Sudu besar sos cili
  • 2 Sudu besar Tiram
  • ½ Biji bawang besar dihiris
  • ½ Biji nenas sederhana kecil – dihiris dadu
  • 11 Biji tomato ceri
  • ½ Batang lobak merah – dihiris dadu
  • 2 Biji cili besar – dibelah
  • 7 Biji cili padi
  • Sedikit bunga kubis – dihiris kasar
  • Garam gula secukuprasa
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menggoreng ikan dan menumis..

Bahan Tumis :

  • 3 Ulas bawang putih – dihiris
  • ½ Inci halia – dihiris
  • 1 Batang serai – diketuktak letak tiada stok
  • ½ Biji bawang besar – dihiris

Bahan Kisar :

  • ½ Biji bawang besar
  • 8 Tangkai cili kering – direbus dan dikisar
Siakap Masam Manis

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak dalam kuali , masukkan bahan tumis kedalam minyak , Tumis hingga kekuningan .
  2. Masukkan bahan kisar bersama sos cili, sos tiram , garam dan gula secukuprasa..Kacau sebentar.
  3. Akhir sekali, masukkan bahan bahan lain iaitu bawang besar, tomato ceri , nenas ,. Lobak merah , bunga kubis, cili besar dan cili padi .Masukkan sedikit air.
  4. Kacau rata sebentar..
  5. Biarkan kuah mendidih seketika..
  6. Setelah mendidih kuah agak pekat ..matikan api…
  7. Curahkan di atas ikan siakap yang telah digoreng terlebih dulu..
  8. Sediakan untuk dihidangkan dengan nasi panas panas .
  9. Siap resepi ikan siakap masam manis
  10. Selamat mencuba..